Jumat, 19 Oktober 2012

~"Mutiara Air Mata Muslimah"~

Bismillaahirrohmaanirro hiim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Allaah subhaanahu wata`ala. menolak satu doa Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SAHABAT DAN ANAK-ANAKKU FILLAAH SEKALIAN...

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, telah datang dari daerah berbukit.
Apabila Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan sholat dua rokaat.
Maka kami pun turut sholat bersama dengan Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, Kemudian Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allaah subhaanahu wata`ala,
Setelah selesai beliau berdoa maka Rosuullullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, pun berpaling kepada kami lalu Beliau bersabda yang bermaksud :
*Aku telah bermohon kepada Allaah subhaanahu wata`ala. Tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia (Allaah) memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allaah subhaanahu wata`ala. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allaah subhaanahu wata`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allaah subhaanahu wata`ala. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allaah subhaanahu wata`ala.

3. Aku telah bermohon kepada Allaah subhaanahu wata`ala. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini yang kita semua suka untuk melihatnya ?
Tepuk Dada Tanya IMan...

WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar