SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun
sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat
penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis
atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di
pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut
bagi setiap orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai harum-
haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah
satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan
apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga
benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat
Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu
berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan
jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka
dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan,
mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang
hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai
tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad,
tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan
marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah,
bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila
sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz - A'uudzu billaahi
minasy syaithaanir rajiim - kerana marah itu
daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta
menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang
mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu
banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakkal kepada ALLAH SWT.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa,
semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri
hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat
mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi
mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita
daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat
pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf
kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi
dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara
hidup sihat Rasulullah SAW. Semoga hati kita
semakin dekat dengan Nabi yang amat kita
rindukan pertemuan dengannya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar