Selasa, 15 Juli 2014

''PENGHORMATAN TERHADAP IBU''

Saudaraku seiman yang di rahmati Allah
Subhanahu Wa Ta'ala...

Allah berfirman yang bermaksud:
"Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya, ibunya yang telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tamba h (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta
kepada Aku jua tempat kembali."(Q.S.L
uqman:14).

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulallah
siapakah orang yang paling berhak
dihormati:Rasul ullah menjawab: Ibumu! Lelaki
itu bertanya lagi, kemudian siapa lagi, Rasulullah
menjawab: Ibumu! Lelaki itu terus bertanya,
kemudian siapa lagi? Rasulullah menjawab
ibumu! Kemudian siapa lagi?Rasulullah menjawab
pula: Kemudian Bapamu! (Hadis riwayat at-
Tirmizi).
Demikian tinggi dan mulianya taraf seorang ibu
dari pandangan Islam.

Tidak dapat dinafikan betapa besar tanggung
jawab, peranan seorang ibu terhadap keluarga
terutama anak-anaknya. Betapa susah payah yang
dialami seorang ibu ketika mengandung, dari
sebulan kesebulan hingga anak itu dilahirkan.

Betapa sakit yang dirasai ibu ketika melahirkan,
setelah lahir dengan penuh kasih sayang ia
menjaga anak-anaknya, menyusuinya, merawat
buah hatinya itu, sehingga ketika tidur si ibu
selalu terbangun dengan tangisan bayinya.

Banyak masa dihabiskan untuk merawat,
menjaga, mendidik, dari kecil hingga anak itu
dewasa.

Tak dapat sungguh kita membalas penat lelah
dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-
anakntya. Siang malam tidur si ibu terganggu
oleh tangisan si comel. Betapa besar
pengorbanan pengorbanan seorang ibu, tak dapat
kita membalasnya

Seorang ibu sanggup mengorbankan apa sahaja
demi anak-anaknya yang tercinta, dengan tidak
mengharapkan apa-apa balasan. Ibu sanggup
berpenat lelah, ibu sanggup tidak lelap tidurnya,
karena memberi susu, atau menjaga supaya
anaknya tidak jatuh sakit, tidak digigit nyamuk,
ibu sentiasa mendo'akan anak-anaknya sehat
walfiat dan menjadi anak yang berguna
dikemudian hari.

Betapa besar dosa seorang anak yang durhaka
tidak mahu mendengar nasihat ibunya, betapa
besar dosa seorang anak yang tidak mahu
membalas jasa ibunya, terutama ketika ibunya
sedang sakit, atau dikala telah lanjut usianya.

Sehingga kita selalu mendengar kata-kata ingatan
dari orang-orang tua kita:"seorang ibu sanggup
menjaga, merawat dan membesarkan sepuluh
anak-anaknya, tetapi sepuluh orang anak belum
tentu sanggup menjaga seorang ibunya.''

Oleh karena itu sudah sepatutnya kita membalas
jasa baik ibu-ibu kita, sekurang-kurang nya
hormati lah ibu-ibu kita, muliakanlah ibu-ibu kita,
dan jagalah segala kebjikannya terutama ketika
mereka memerlukan penjagaan kita dihari tua
mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar